Followers

22 August 2010

puding caramel. :)

hari ni first time buat puding caramel.
salah satu makanan faveret..hehe...akhirnya dapat jugak buat hari nie..
resepi nie amik dari blog
resepi raidah..
rase sedap-sedap je...tak manis tak tawar..
:D


Bahan untuk puding:

1. 6 biji telur
2. 1 tin susu sejat - gune susu Ideal
3. 1 tin air
4. 1/2 cawan gula pasir
5. 1 sudu teh esen vanilla

Bahan untuk sos caramel:
1. 1/2 cawan gula pasir
2. Sedikit air

Cara penyediaan (sos caramel):
Panaskan gula dengan sedikit air di dalam loyang hingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan.

Penyediaan puding:
Pukul telur sehingga kembang. Setelah itu masukkan gula. Kemudian masukkan susu sejat dan air.Masukan adunan ke dalam loyang sos(caramel) dan kukuslah selama 25 minit.Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk. Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dari acuan. Sedia utk dihidangkan..

* Semasa mengukus, ikat tutup kukus dgn kain supaya wap tidak masuk ke dlm puding.

dalam loyang lagi still panas..tak sabar nak rase..sepatutnye letak dalam peti sejuk biar sejuk dulu..hehe.. :)
hancur sebab panas lagi.. tak kisah rupe macam mane asal makan sedaaappp!!! :)

jom like!! =D


2 comments:

  1. pandai nya buat.
    nyum..nyum..sampai kat tekak terasa nie.
    hehhe

    ReplyDelete
  2. @Misz Pinkie Winkie

    nanti linda try la! senang je buat.. :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
.i live a simple life n happy with it.