Followers

20 September 2011

Memandulkan Kucing Jantan @ Neuter Bahagian 1/2

entry credit to : alamkucing

Cara terbaik untuk mengawal jumlah pembiakan kucing adalah dengan mengkasikan kucing jantan anda. Tetapi ianya hanya efektif jika kucing betina juga dimandulkan kerana jika tidak, akan ada kucing jantan lain menaikinya.

Telah dibincangkan sebelum ini hukum memandulkan kucing dan adakah benar ianya zalim atau menindas. Hampir tidak ada sebab mengapa kita tidak melakukannya, melainkan jika anda seorang breeder.

Apa itu Neuter?

Neuter atau Orchidectomy adalah pembedahan dimana kedua-dua testikel akan di buang. Pembedahan ini tidak begitu sukar dan lukanya tidak dalam, malah kucing boleh balik ke rumah pada hari yang sama.

Dengan membuang testikel, hormon testosteron tidak akan dihasilkan oleh badan kucing. Testosteron ini lah yang memberi sifat & kelakuan berikut:

  • Bau tengik dan hancing pada air kencing kucing jantan.
  • Kerangka muka yang menonjol dan lebar.
  • Kulit yang lebih tebal.
  • Aktif mempertahankan sempadan kawasan.
  • Menanda kawasan dengan kencing/spraying merata-rata.
  • Bersikap agresif, cenderung untuk bergaduh dengan kucing lain.
  • Cenderung untuk merayau jauh dari rumah.

Ramai yang merungut dengan situasi kucing jantannya kencing di sana-sini. Jawapannya adalah neuter menyelesaikan masalah ini 80-90%. Kelakuan spraying adalah sifat menanda kawasan, selagi kucing tidak dineuter, selagi itulah dia akan spray.

Masalah-masalah yang disenaraikan, termasuk beberapa lagi akan selesai atau berkurang secara mendadak jika kita melakukan neuter. Ia turut menghalang penyakit kanser testikel dan risiko menghadapi masalah prostat juga akan berkurang.

Adakah Neuter Akan Mengubah Personaliti Kucing?

Tidak, melainkan mengurangkan kecenderungannya untuk merayau jauh, seksual, perilaku agresif dan sempadan kawasan melalui kencing. Kucing akan menjadi lebih dekat dengan tuannya dan suka ditemani manusia, kurang merayau jauh atau terlibat dalam pergaduhan.

Neuter tidak akan mengubah sifat memburu kucing anda. Manfaat darineuter tidak lah dapat dilihat serta-merta, jika anak kucing yang belum matang di neuter mungkin anda melihat tidak ada apa-apa perubahan.Tetapi ini dapat menghalang masalah perilaku dan bau yang kurang menyenangkan di masa hadapan.

Jika kucing anda telah baligh dan anda neuter kannya, ubahan perilaku dan bau dapat dilihat dalam beberapa minggu disebabkan tahap testosterone masih ada, dan berkurang sedikit demi sedikit.

Bila Perlu Di Neuter

Secara amnya, pada umur 6 bulan, sebelum kucing mencapai kematangan seksual. Pada peringkat ini, kucing telah matang dari segi fizikalnya, iaitu tumbesaran dan struktur tulangnya telah lengkap.

Tetapi ada juga yang melakukannya seawal umur 8 minggu dan ini masih lagi selamat dan tidak memberi kesan pada jangka masa panjang. Kebanyakan klinik akan merawat kucing sebagai pesakit luar, iaitu kita bawa kucing pada pagi, dibedah dan pulang pada hari yang sama.


jom like!! =D


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
.i live a simple life n happy with it.