Followers

07 March 2014

Japan Trip : Day 2


bersambung lagi trip kite ke Jepun..kite terus bercerita je la ek..keluar je dari airport terus ke parking untuk pergi rumah kakak ipar yang terletak di Fuchu..so memang takde pakai long john dan winter coat pon still ade dalam bagasi..on the way nak ke parking memang sejukkk giler!!! sampai menggigil sebab angin time tu memang kuat sangat2!! bayangkan dekat tempat parking pon still ade salji yang masuk...

dari Haneda nak ke Fuchu amik mase yang agak lama jugak..dalam 1 ke 2 jam dan yang paling teruk kalau musim salji jalan dekat Jepun memang akan jem yang tahap berhenti sampai 15minit jugak la..so nasib baik ade GPS so abang ipar guna jalan kampung untuk cepat sampai..so better la naik train lagi cepat sampai ke destinasi..dalam perjalanan macam biasa la tido selepas makan KFC yang diseludup masuk dalam bagasi dari Malaysia..

kalau kat Jepun nak pergi toilet senang je..cari Family Mart dan mostly memang ade toilet..kat sini 7-eleven tak sepopular Family Mart..selain dari tu ade Lawson..tempat2 ni memang jual barang2 yang diperlukan macam 7-eleven kat sini dan lebih banyak barang yang kite boleh beli dan yang penting ade TOILET!!! 

gambar dekat airport..


ni gambar2 on the way nak balik Fuchu..enjoy!!! 



yang ni stesen minyak dorang..sesetengah tempat nak isi jatuh dari atas untuk jimat ruang..sangat unik.. :)
 inilah rumah kakak ipar!! dorang duduk kat apartment je..


 

 

taman permainan depan apartment dipenuhi salji putih...


lepas dah bermain-main salji aktiviti seterusnya mesti pergi hard-off!! okay sape2 yang duduk Jepun tak sah kalau tak pergi hard-off!! hard-off ni macam tempat2 bundle a.k.a barang secondhand..selain dari hard-off ade satu lagi treasure factory..same je barang2 kat dua2 tempat nie..dorg jual barang2 yang terpakai..semua jenis barang ade dari kasut,baju,handbag,basikal,barang2 rumah..nak disenaraikan memang terlampau banyak!!! 

kalau nak g dua tempat ni mostly kat area luar bandar..kalau kat bandar tokyo tu memang takkan jumpe la dua tempat nie.. hard-off & treasure factory

ape yang saya dapat?? Adidas Neo brand new!!!memang tak pernah minat kasut macam ni tapi sebab murah punye pasal dan brand new pulak tu so angkut bawak balik...beli kat treasure factory dengan harga 4,990yen = RM153..husband pulak dapat satu kasut timberland dengan harga 3,500yen = RM107
kat hard-off & treasure factory ni jugak ade banyak jual designer bag macam LV,Coach,Gucci tapi yang paling popular Coach...semua barang2 dorang memang kualiti macam baru..takdela nak jual barang secondhand tapi buruk macam kedai bundle kat Malaysia..

bayangkan bag coach boleh dapat dalam RM300 - RM500 sahaja dan macam baru..nasib baik la saya ni bukan peminat coach..memang nak amik satu tapi sabar je la...

okay abes cerita pasal shopping kite g makan pulak!!kalau g Jepun tak sah kalau tak makan SUSHI!!! 
dorang bawak makan dekat kura zushi..semua sushi kat sini harga 100yen..yang dalam pinggan warna biru je..makanan lain cas harga lain pulak..yang kitorg makan semuanya dah dimasak..tak lalu nak makan yang raw...the best kat sini mesti tempura die!! 


desert harga lain
nak order sushi guna iPad sahaja dan sushi akan dihantar ke meja anda..

yang kat bahagian bawah sushi yang boleh amik...yang kat bahagian atas tu sushi yang diorder guna iPad akan berhenti betul2 kat meja..

tu je cerita hari kedua...penat sangat...tapi enjoy..bersambung lagi hari ketiga di Jepun..


jom like!! =D


3 comments:

  1. woweeeeee tebalnyaaa saljiiii! toilet tu sangat menarik. dan sushi tu jugak!

    ReplyDelete
  2. seronok nyaa.
    dah lama simpan niat nak p jepun. since sekolah men lg. bila boleh capai impian ni. sob sob

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

About Me

My photo
.i live a simple life n happy with it.